1. Sosiologi dan Pembelajaran Menurut Sharifah Alawiah (1985), Sosiologi adalah satu disiplin sains kemasyarakatan. Sosiologi adalah himpunan pengetahuan asas tentang masyarakat serta tingkah laku sosial mereka secara lebih saintifik dan berdisiplin. Manakala Mohd Salleh (1998) pula menjelaskan sosiologi sebagai suatu bidang yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia. Terdapat beberapa teori utama dalam sosiologi yang telah diadaptasikan dalam pendidikan iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori interaksionisme simbolik. Teori fungsionalisme ini menganggap bahawa sesebuah masyarakat mempunyai matlamat yang sama dan setiap ahli memainkan peranan bagi mencapai matlamat melalui interaksi sosial. Seterusnya, teori konflik pula menyatakan bahawa interaksi sosial dalam sesebuah masyarakat adalah berdasarkan konflik, bukan kerjasama atau kompromi manakala teori interaksionisme simbolik menjelaskan bahawa setiap individu me...